Dah lama tak update blog, so today I am please to share tips on how to iron your tudung correctly.
Tudung ada macam2 jenis, nak2 lagi zaman skg..dari design sampai laa ke material, cepat gile berubah2..
so, utk pastikan tudung kita nih sentiasa terjaga elok, selain cara-cara mencuci tudung, kena laa tahu sket2 cmne nak iron tudung kan..=)
Tudung Lycra
Antara tudung yang terbaru dan paling mudah untuk digunakan.
Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana.
Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.

Selendang Kain Licin
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin.
Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar.
Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut.
Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.

Tudung Awning Bermanik
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok.
Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung
Kaedah dry clean adalah sangat baik.
Guna suhu yang rendah dan sederhana.

Selendang Jojet
Selendang yang mendapat perhatian dan sambutan para gadis muslimah.
Ia mudah dipakai bersama anak tudung jenis kapas kerana struktur selendang ini yang agak licin.
Gunakan suhu tiga atau empat walaupun ia bersifat sukar berkedut. Tetapi kalau selendang ini berkedut, gunakan semburan air pada bahagian yang berkedut.

Selendang Kain Kapas Spandex
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk..
Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.

Tudung Bawal
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.
Tudung Awning
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak.
Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas dan hari perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu rendah antara dua atau tiga.
Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak?
Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkab kertasnya mengecut, kamu gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning.
Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.

So skg anda dah tahu camne nk iron tudung kan? Nanti insya Allah saya akan cite plak bab hanger yg sesuai utk tudung anda =)
No comments:
Post a Comment