Followers

Tuesday, February 15, 2011

Cara - cara penjagaan tudung


Tudung-tudung hendaklah di jaga baik supaya warna asli dan kelembutan fabriknya kekal seperti baru membelinya semalam. Semua jenis tudung tidak kira jenis cotton, bawal, lycra, chiffon, satin, berbatu, bersulam atau lain-lain jenis tudung hanya perlu mencelupkannya beberapa kali sahaja ke dalam air bersih atau perlu titiskan sedikit pelembut kain lalu terus disidai pada hanger. Jemur di tempat yang teduh dan berangin.  :)

Cara Menjaga Tudung Awning Thai Silk
  1. Basuh kali pertama dengan "Dry Clean".
  2. Selepas itu anda boleh membasuh seperti biasa. Perlu diingatkan jgn merendam Thai Silk. Ini akan menyebabkan Thai Silk tersebut mengecut.
  3. Juga jgn menjemur dibawah matahari terik. Ini akan melunturkan warna Thai Silk tersebut.
  4. Gosok Thai Silk dengan mengunakan kepanasan sederhana.
  5. Simpan mengunakan hanger tudung atau lipat tudung 5 lapis bersama-sama tudung lain supaya awning tidak terpatah.



Extra tips:
Elakkan daripada:
  • memerah dan membasuh menggunakan mesin basuh kerana boleh merosakkan awning dan fabrik tudung tersebut.
  • menjemur di bawah panas terik matahari boleh memudarkan warna fabrik.

~jaga tudung anda baik2, baru laa nmpk baru sentiasa =)

No comments:

Post a Comment